Anda di sini

Amaran cuaca waspada di Sarawak, Sabah dan Labuan

Advertisement
MET Malaysia
MET Malaysia

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pada Jumaat mengeluarkan amaran cuaca waspada (Kuning) bagi negeri Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.

Menurut kenyataannya, amaran yang dikeluarkan berkuat kuasa dari semalam itu melaporkan angin kencang selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai 3.5 meter.

Antara kawasan yang terlibat adalah di perairan Mukah, Bintulu, Miri, Limbang, pendalaman Sabah, Pantai Barat, Kudat dan seluruh WP Labuan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement