Anda di sini

Polis cari pelajar terlibat dalam kes gaduh di perhentian bas sekolah

Advertisement
Utusan Borneo
Utusan Borneo

KOTA BELUD: Polis giat mengesan semua pelajar yang terlibat dalam kes gaduh di perhentian bas di sebuah sekolah di Usukan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata kegiatan pelajar sekolah dikesan melalui satu rakaman video berdurasi 36 saat yang tular di media sosial sejak kelmarin.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku pada jam 1.30 petang 3 Ogos lalu di perhentian bas sebuan sekolah menengaj di Kampung Usukan di sini.

“Bertindak dengan maklumat, pihak polis kini giat mengesan kesemua pelajar terlibat bagi membantu siasatan dan memberi keterangan berkenaan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bercakap lanjut beliau berkata punca sebenar kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

“Orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan ini juga bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan yang dijalankan pihak polis,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement