Anda di sini

MTH kenal pasti gerai kosong bantu penjaja

Advertisement
Yii (duduk tengah) bersama kaunselor dan wakil dari jabatan MBM yang terlibat dalam MTPS di Pasar Lutong pada Jumaat.
Yii (duduk tengah) bersama kaunselor dan wakil dari jabatan MBM yang terlibat dalam MTPS di Pasar Lutong pada Jumaat.

MIRI:  Jawatankuasa Tetap Pasar, Peniaga dan Pasar (MTH) Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan mengenal pasti gerai-gerai kosong untuk menempatkan penjaja yang masih mencari tempat untuk  berniaga.
 
Datuk Bandar Adam Yii berharap usaha itu akan dapat membantu mengurangkan aktiviti peniagaan haram di sekitar tamu dan pasar dengan memindahkan mereka di lokasi perniagaan yang lebih baik. 

"Kita akan semak dengan MTH tentang kekosongan yang ada dan mereka akan juga membantu penjaja yang masih berniaga di tempat tidak dibenarkan untuk pindah ke tempat perniagaan sah," jelas beliau kepada pemberita selepas Sesi Bertemu Pelanggan (MTPS) MBM di Pasar Lutong pada Jumaat. 

Yii yang juga ADUN Pujut berkata, isu penjaja haram antara sembilan isu diterima pada sesi itu.
 
Beliau berkata, kebanyakan penjaja haram dikenalpasti berniaga pada awal pagi sebelum waktu operasi pasar dan tamu. 

"Kita difahamkan peniaga haram datang awal pagi seawal jam 5 pagi dan berhenti berniaga pada jam 8 pagi. 

"Kita akan mengarah pengua tkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya," jelas beliau.

Tentang aduan MTPS, tindakan lanjut akan dilakukan untuk menyelesaikan isu dibangkitkan. 
 

  • oleh
  • Advertisement