BEAUFORT: Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menerusi Pejabat Zon Pedalaman Selatan berjaya menganjurkan Program Kursus Teknik Asas Gubahan Jambangan Bunga di Dewan Kampung Binsulok, Membakut di sini 4 Ogos lalu.
Tenaga pengajar kursus Farella Omar Baki berkata program disertai 30 peserta wanita yang terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Kampung Binsulok, Membakut.
“Sepanjang kursus dijalankan, peserta diberikan tunjuk ajar teknik asas gubahan jambangan bunga yang menarik dan bernilai komersial,” katanya.
Turut hadir dalam program ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Binsulok Membaku Missiran Ismail, wakil dari UPPM Membakut Surayah Ibrahim dan Ketua Kampung Binsulok Awang Amin Awang Bakar.