Anda di sini

Kelab Lion District 308-A2 Wilayah 6, 7 laksana kunjungan hormat

Advertisement
 Amanda (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Sunny.
KENANGAN: Amanda (tengah) menyampaikan cendera kenangan kepada Sunny.

KOTA KINABALU: Kelab Lion District 308-A2 Wilayah 6 dan 7 melakukan kunjungan hormat kepada tiga penaja utama mereka di sini baru-baru ini.

Kelab berkenaan terdiri daripada 30 kelab dari Brunei Darulsalam, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah.

Pada 7 Ogos 2022, satu majlis pertabalan untuk jawatankuasa eksekutif kelab untuk tahun 2022-2023 akan dilaksanakan di Dewan Hakka bermula 5.30 petang.

 Cendera kenangan turut diserahkan kepada Dr Tan (dua kanan)
KENANGAN: Cendera kenangan turut diserahkan kepada Dr Tan (dua kanan)

Sebanyak 21 Kelab Lion akan bersama-sama menjayakan majlis pertabalan berkenaan.

Kunjungan hormat yang dilakukan baru-baru ini diketuai oleh Presiden Amanda Yong. Usaha itu dilakukan adalah sebagai tanda penghargaan kepada para penaja dan menjemput mereka hadir ke dalam majlis berkenaan.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Common Tower Technologies Sdn Bhd Mikail S Abdullah (Penaja Utama) turut berminat untuk bekerjasama menjayakan projek menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk luar bandar.

Dua Penaja Utama lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles Hospital Kota Kinabalu Dr Tan Bee Hwai dan Ketua Pegawai Eksekutif Borneo Elite Sunny Yeoh.

 Mikail (empat kiri) menerima cendera kenangan daripada Amanda.
TERIMA KASIH: Mikail (empat kiri) menerima cendera kenangan daripada Amanda.

Dengan seramai 420 tetamu yang akan hadir pada malam berkenaan, pihak penganjur berharap mampu menjana sejumlah RM10,000 untuk diserahkan kepada tiga badan kebajikan iaitu Persatuan Perkhidmatan Paliatif Kota Kinabalu, Tadika Pei Wen Ranau dan Persatuan Buah Pinggang Sabah. 
 
 

  • oleh
  • Advertisement