Anda di sini

Isyarat melutut sebelah kaki tidak lagi berkesan

Advertisement

LONDON: Pemain bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris pada Rabu berkata mereka tidak lagi akan melakukan gerak isyarat melutut sebelah kaki sebelum setiap perlawanan pada musim baharu ini berikutan dengan kritikan bahawa isyarat anti perkauman itu sudah kehilangan keberkesanannya.

Dalam satu kenyataan Liga Perdana, kapten setiap kelab sebaliknya berkata bahawa mereka akan melakukan gerak isyarat itu sebelum perlawanan terpilih, “dan dengan melakukannya, kami terus menunjukkan sokongan untuk tujuan yang sama”.

Liga berkata ia menyokong keputusan semua kapten pasukan dan akan mengembangkan pesanan anti perkauman sebagai sebahagian dari kempen “Tiada Ruang untuk Perkauman” – ungkapan yang sudah dipaparkan di lengan jersi mereka pemain.

Gambar fail menunjukkan pemain melakukan isyarat melutut sebelah kaki sebelum bermulanya perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad. — Gambar AFP
Gambar fail menunjukkan pemain melakukan isyarat melutut sebelah kaki sebelum bermulanya perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad. — Gambar AFP

Pemain Liga Perdana mula melakukan gerak isyarat melutut sebelah kaki pada permulaan setiap perlawanan pada Jun 2020, apabila musim disambung semula selepas terhenti kerana pandemik COVID-19, sebulan selepas pembunuhan warganegara kulit hitam Amerika Syarikat (AS), George Floyd.

Bekas pemain bola sepak tradisi AS, Colin Kaepernick memulakan protes  terhadap ketidakadilan kaum dengan melutut sebelah kaki itu  pada 2016, dan gerak isyarat itu menjadi sesuatu yang biasa dilihat dalam pelbagai jenis sukan sejak pembunuhan Floyd oleh seorang anggota polis AS.

Namun beberapa pemain Liga Perdana mempersoalkan kepentingan meneruskan gerak isyarat itu – dan beberapa ahli politik berhaluan kanan di Britain mengkritik pengenalannya dengan pergerakan bantahan “Black Lives Matter”.

Wilfried Zaha, pemain kulit hitam dari kelab Crystal Palace, pada awalnya membantah gerak isyarat itu dengan melabelkan ia sebagai “menjatuhkan maruah” dan memilih untuk terus berdiri.

Musim lepas, pemain kulit putih Chelsea, Marcos Alonso juga membuat keputusan untuk tidak melakukan gerak isyarat itu dan sebaliknya hanya menunjuk kepada lencana anti perkauman pada lengan jersinya.

Bekas rakan sepasukan Alonso, Romelu Lukaku, berkata bola sepak perlu mengambil tindakan lebih “tegas” dalam menangani perkauman, di mana kecaman masih berleluasa terhadap pemain kulit hitam dalam media sosial.

Berbanding pada setiap perlawanan, pemain Liga Perdana sekarang akan melakukan gerak isyarat ini p ada minggu pertama musim baharu dan sebelum mengabadikan slogan “Tiada Ruang untuk Perkauman” pada bulan Oktober dan Mac.

Kapten pasukan semua kelab berkata mereka juga akan melakukannya sebelum jadual padat musim perayaan Krismas, pada hari terakhir musim dan sebelum final Piala Liga dan Piala FA Inggeris.

“Kami tetap komited untuk menghapuskan prejudis kaum dan memperkenalkan satu masyarakat yang menghormati dan mempunyai peluang yang sama untuk semua,” kata mereka dalam kenyataan.

Penjualan lencana “No Room for Racism” di jersi baju musim lepas mengumpul 119,000 pound dalam royalti kepada kelab-kelab. — AFP

Advertisement