Anda di sini

Hujan berterusan, SK Long Lenei dilanda banjir

Advertisement
Bahagian bawah bangunan sekolah yang dinaiki air banjir.
Bahagian bawah bangunan sekolah yang dinaiki air banjir.

MIRI: Akibat hujan lebat berterusan sejak Khamis, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lenei di Baram, dekat sini dilanda banjir pada pagi Jumaat. 

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima laporan kejadian banjir berlaku di sekolah tersebut kira-kira jam 7.30 pagi. 

“Kawasan sekolah tersebut dilaporkan banjir dianggarkan 85 peratus dan ketinggian paras air sekitar lima hingga 12 inci. 
“Bahagian bawah bangunan sekolah seperti blok pentadbiran, blok akademik, prasekolah, dewan makan, asrama dan kuarters guru semuanya dilaporkan banjir,” katanya dalam satu kenyataan media di sini. 

Ahmad Nizam berkata, akibat kejadian tersebut, seramai 16 murid asrama dikumpulkan di dewan makan. 

“Murid harian seramai 18 orang dan murid prasekolah seramai 12 orang tidak turun ke sekolah. 

“Paras air masih naik akibat hujan lebat berterusan sejak semalam (Khamis) dan cuaca pada pagi ini (Jumaat) mendung,” ujarnya. 
 

  • oleh
  • Advertisement