Anda di sini

Dr Annuar yakin hasrat Abang Johari sedia pendidikan tinggi percuma kepada rakyat Sarawak dapat dicapai

Advertisement
 

SIBU: Dr Annuar Rapa'ee (gambar) menyatakan keyakinan penuh hasrat murni Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada semua rakyat Sarawak dapat dicapai.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I itu berkata, ini kerana hasil Sarawak yang semakin meningkat setiap tahun bakal menjadi salah satu sumber pembiayaan.

"Dengan penubuhan dana kerajaan negeri ini, ini telah mengukuhkan lagi kedudukan negeri untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada rakyat Sarawak.

"Sehubungan itu, saya amat yakin ucapan hari jadi Premier kita dapat dicapai. Ini sememangnya pendemokrasian pendidikan di negeri Sarawak.

"Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri kerana sentiasa meletakkan pendidikan sebagai salah satu keutamaannya," kata Dr Annuar kepada The Borneo Post malam Khamis.

Abang Johari membuat pengumuman mengenai penyediaan pendidikan tinggi percuma untuk semua rakyat Sarawak pada masa hadapan sebagai ucapan ulang tahun ke-72 beliau, sambil menambah hasrat inilah yang mendorong beliau untuk merangka penubuhan dana kekayaan berdaulat negeri sendiri, bagi merealisasikan cita-cita Sarawak menyediakan pendidikan tinggi percuma.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media ketika merasmikan Muzium Limbang baharu di Limbang pada Khamis.

Mengenai perkara ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata: "Ini adalah ucapan yang sangat mulia di pihak Premier dan saya mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya dan bahawa beliau akan terus memimpin negeri ke tahap yang lebih tinggi."

Sementara itu, Dr Annuar, yang juga Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Teknologi Sarawak (UTS) memaklumkan UTS sedang menjalani penstrukturan semula.

“Selaras dengan itu, kerajaan negeri menawarkan biasiswa 50 peratus biasiswa untuk pelajar yang mengikuti kursus ijazah dan 100 peratus biasiswa bagi mereka yang mengikuti kursus asasi di UTS.

“Ini telah membuahkan impak positif, di mana bilangan pelajar di UTS telah meningkat dengan pesat dan menjelang September tahun ini, kita akan mencatatkan rekod bilangan pelajar teramai sejak penubuhan UTS.

"Saya juga amat yakin pengambilan November akan datang, kita akan dapat mendaftarkan 1,200 hingga 1,400 pelajar," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement