Anda di sini

Bonnie harumkan nama Sarawak, suntik semangat rakan atlet lain

Advertisement
Bonnie (tengah) memenangi pingat emas keempat negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Bonnie (tengah) memenangi pingat emas keempat negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

KUCHING: Kejayaan jaguh angkat berat negara Bonnie Bunyau Gustin memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 mengharumkan nama negara khususnya Sarawak. 

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan Bonnie ini pastinya menyuntik semangat rakan-rakan atlet lain yang akan bertanding dalam Para SUKMA 2022 di Kuala Lumpur, November ini.
 
“Hari ini saya menerima dua berita tentang pencapaian hebat atlet-atlet orang kelainan upaya (OKU) Sarawak dalam bidang sukan.
 
“Bonnie menang pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dengan rekod baharu, manakala Mohd Adib Iqbal Abdullah menang pingat emas acara renang kuak dada 50 meter di Sukan Para Asean. 

“Selain mencatat kejayaan peribadi, atlet OKU Sarawak ini telah mengharum nama Malaysia di peringkat Asean dan dunia,” katanya. 

Fatimah dalam pada itu yakin kejayaan dua atlet ini akan menyuntik semangat atlet OKU Sarawak yang akan bertanding dalam Para Sukma 2022 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur mulai 1 hingga 6 November kelak. 

Mohd Adib memenangi pingat emas pada Sukan Para Asean 2022.
Mohd Adib memenangi pingat emas pada Sukan Para Asean 2022.

Sasaran kontinjen Sarawak dalam Para Sukma 2022 adalah untuk menjulang trofi kejuaraan untuk kali ke-14. 

Bonnie menang pingat emas acara powerlifting kategori lightweight sekali gus menambah pingat emas negara dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022. 

Juara dunia itu turut mencipta rekod temasya apabila mengumpul 154.6 mata selepas melakukan angkatan 210 kg pada sesi pertama, 216 kg (kedua) dan 220 kg (ketiga). 

Manakala, Mohd Adib membuktikan kehebatannya dengan memenangi emas dan mencatat rekod baharu bagi acara berkenaan. 
 

  • oleh
  • Advertisement