Anda di sini

300 delegasi bakal hadiri Konvensyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu di Hotel Kingwood hujung minggu ini

Advertisement
Patimah (berdiri, dua kiri), Roslinda (dudu, kiri), Normaliza (duduk, kanan) dan Dr Nanthakumar merakamkan kenangan bersama sukarelawan yang membantu membuat persiapan untuk Konvensyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu yang bermula hari ini (6 Ogos 2022) di Hotel Kingwood.
Patimah (berdiri, dua kiri), Roslinda (dudu, kiri), Normaliza (duduk, kanan) dan Dr Nanthakumar merakamkan kenangan bersama sukarelawan yang membantu membuat persiapan untuk Konvensyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu yang bermula hari ini (6 Ogos 2022) di Hotel Kingwood.

SIBU: Kira-kira 300 delegasi terdiri daripada doktor, jururawat, pakar pemakanan, guru, usahawan dan ibu bapa dari seluruh Malaysia berada di sini hujung minggu ini (6 Ogos dan 7 Ogos) untuk Konvensyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu di Hotel Kingwood.

Pengerusi Bersama Konvensyen Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu Matron Patimah Duat berkata, acara itu diadakansempena Minggu Penyusuan Susu Sedunia 2022 yang jatuh pada 1 Ogos hingga 7 Ogos.

Beliau berkata, tema tahun ini ialah ‘Step up for Breastfeeding: Educate and Support,’ justeru konvensyen itu bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan memberi sokongan kepada ibu menyusu oleh masyarakat.

“Pada konvensyen itu, kita akan mendengar perkongsian daripada seorang wanita rumah panjang mengenai kejayaan penyusuan susu ibu. Kemudian, kami akan mengadakan pelbagai bengkel.

“Kami juga akan mengadakan forum untuk membincangkan isu-isu tertentu dan kami turutmengemukakan idea kami kepada pihak berkuasa supaya mereka boleh melaksanakan sesuatu untuk menyokong penyusuan susu ibu,” katanya.

Ini merupakan konvensyen pertama seumpamanya diadakan di negeri ini.

Pakar Pemakanan Bahagian Sibu Roslinda@Zakiah Kangan berkata, program dua hari itu bertujuan mempromosi, mendidik dan menyokong ibu menyusu.

“Jadi, kita ada penyertaan daripada agensi kerajaan dan agensi swasta. Untuk menjayakan usaha ini, kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, menerusi konvensyen itu, kumpulan itu menyasarkan untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk ibu menyusu kepada bayi mereka.

"Saya rasa semua orang tahu bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi tetapi sesetengah ibu, mereka tidak boleh menjadikannya eksklusif selama enam bulan, jadi kami cuba mewujudkan persekitaran di mana kami boleh membantu ibu melakukan yang lebih baik untuk bayi mereka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu Dayang Normaliza Awang Tambi berkata kumpulan sokongan di Sibu sangat serius dalam menyokong ibu menyusu.

“Saya gembira menjadi sebahagian daripada pasukan dan saya berbangga kerana Sibu dapat mengadakan konvensyen besar demi menyokong ibu kita,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu berkata, ketika negara sedang melalui fasa endemik COVID-19, isu penyusuan susu ibu tidak boleh diabaikan.

Beliau berkata walaupun Hospital Sibu telah diiktiraf sebagai hospital penyusuan, promosi untuk persekitaran sebegitu juga perlu dilakukan di luar bagi menggalakkan penyusuan susu ibu dalam kalangan ibu.

“Kesedaran orang ramai tentang penyusuan susu ibu sudah bertambah baik, masih ada segelintir orang yang salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu.

“Kami mahu meningkatkan tabiat penyusuan susu ibu. Namun begitu, orang ramai mengakui kebaikan susu ibu seperti badan ibu akan kembali ke saiz normal selepas menyusu dan kemudian terdapat banyak khasiat daripada susu ibu yang tidak boleh diperolehi daripada susu formula,” katanya.

Beliau juga berkata sokongan daripada masyarakat amat baik pada masa ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangannya yang bekerja keras untuk menjayakan konvensyen tersebut.
 

  • oleh
  • Advertisement