Anda di sini

Remaja maut, tiga cedera kemalangan dua motosikal

Advertisement
 Pasukan perubatan dan bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian.
RAWAT: Pasukan perubatan dan bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian.

BEAUFORT: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki bersama rakannya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Kota Klias Kecil di sini kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata mangsa dikenalpasti sebagai Mohd Amir Amiduin, 18 dan meninggal dunia serta merta dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang disebabkan kecederaan parah.

Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 5.58 petang.

“Bertindak dengan maklumat, lapan pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan empat mangsa dan dua motosikal bertembung menyebabkan salah seorang daripada mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri di tempat kejadian.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurutnya mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Tiga lagi mangsa yang lain hanya mengalami kecederaan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 6.42 petang selepas pasukan operasi selesai menjalankan pemeriksaan lanjut untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement