Anda di sini

Pelan pascabayar Amazing baharu redONE tawar Internet lebih besar, harga berpatutan

Advertisement
 

KUCHING: redONE Network Sdn Bhd (redONE), Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN telah melancarkan pelan pascabayar Amazing baharunya dengan tawaran Internet yang lebih besar sambil mengekalkan harga berpatutan yang sama. 

Pelan postpaid Amazing58 dan Amazing38 kini menawarkan sehingga 65GB data dengan panggilan domestik percuma tanpa had.

Ketua Pegawai Eksekutif redONE Farid Yunus (gambar) berkata, pelan postpaid Amazing terbaharu pihaknya direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelanggan yang mementingkan bajet dan memerlukan data tambahan. 

“Dalam tempoh 10 hari selepas pelancaran, kami telah menerima lebih daripada lima ribu pendaftaran untuk kedua-dua pelan ini. 

“Kami benar-benar mengambil berat tentang kadar inflasi yang membimbangkan dan kami komited untuk menawarkan pelanggan kami pelan yang berbaloi dan kami menjangkakan ini akan diterima dengan baik oleh pasaran,” ujarnya menerusi kenyataan semalam. 

Di tengah-tengah peningkatan kadar inflasi di negara ini, redONE telah memutuskan untuk melancarkan pelan postpaid baharu pada 4 Julai 2022 dengan lebih banyak data tanpa menaikkan harga bagi meringankan beban orang awam terutama golongan B40 yang paling terjejas.

Amazing38 redONE didatangkan dengan jumlah data yang sesuai untuk pengguna purata pada 38GB bersama dengan panggilan tanpa had pada hanya RM38 sebulan. 

Bagi pengguna Internet yang lebih berat, pelan Amazing58 menawarkan 65GB data, juga dengan panggilan tanpa had, pada RM58 sebulan. 

Kedua-dua pelan ini tidak terikat dengan kontrak dan ini membolehkan pelanggan baharu mencuba perkhidmatan redONE dengan lebih yakin.

Selain daripada pelan postpaid baharu, pelanggan redONE kini juga boleh menikmati kadar tambah nilai data (Data Top Up) yang lebih murah dengan memilih untuk membeli 10GB data berkelajuan tinggi pada RM30, 5GB pada RM20, 2GB pada RM15, atau 1GB pada RM10. 

Kadar ini telah dikurangkan pada 1 Julai 2022 untuk menjadikan akses Internet lebih mudah untuk orang ramai.

redONE juga meraikan ulang tahun ke-10 sejak pelan pertama RM8 dilancarkan, yang kekal sebagai pelan postpaid terendah dalam pasaran sehingga kini. 

Pelan Amazing baharu boleh didapati di semua rakan niaga redONE di seluruh negara atau melalui pendaftaran sendiri di redone.com.my.

Advertisement