Anda di sini

PADERA sedia terima kunjungan pasukan bola sepak luar

Advertisement
 Jumain (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Muhasip.
CENDERA KENANGAN: Jumain (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Muhasip.

RANAU: Pasukan bola sepak Pejabat Daerah Ranau (PADERA) sedia menerima kunjungan pasukan dari dalam dan luar daerah untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama mereka.

Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd Ghani berkata pihaknya sangat mengalu-alukan kehadiran pasukan dari luar daerah yang mahu mengadakan perlawanan persahabatan.

Katanya, sukan melalui perlawanan persahabatan dapat mengeratkan silaturrahim dan memupuk perpaduan antara pasukan.

“Pelawanan seperti ini bukan untuk mencari pasukan yang hebat, tetapi ia dapat melihat kemampuan pemain yang telah dibentuk,” katanya ketika mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Mahkamah Anak Negeri (MAN), di sini.

Menurutnya, perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri masing-masing lima gol itu membuktikan kehebatan kedua-dua pasukan.

“Walaupun berlaku sedikit kekeliruan dalam pengadilan semasa perlawanan itu berlangsung, tetapi setiap pemain telah mempamerkan aksi yang menarik.

“Kita berharap, kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan itu dan pengadil perlu lebih berhati-hati semasa mengadili perlawanan pada masa akan datang,” katanya.

Jumain yang juga ketua pasukan PADERA berharap perlawanan persahabatan ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya hubungan yang sedia terjalin dapat dieratkan lagi.

“Saya mempelawa pasukan dari dalam dan luar Ranau supaya dapat mengadakan perlawanan persahabatan bersama PADERA,” katanya.

Terdahulu, pasukan Mahkamah Anak Negeri (MAN) diketuai oleh Ketua Daerah Ranau, Muhasip Roman.

  • oleh
  • Advertisement