Anda di sini

Tourism Malaysia Sabah lancar risalah makanan laut

Advertisement
 Ednie (dua kiri) ketika melancarkan risalah tersebut.
LANCAR: Ednie (dua kiri) ketika melancarkan risalah tersebut.

SANDAKAN: Tourism Malaysia, Sabah melancarkan risalah pelancongan ‘Gastronomi’ yang akan menyenaraikan restoran makanan laut di Sabah dan Labuan.

Pengarahnya, Ednie Rahma Ab Rahim berkata risalah berkenaan dikenali sebagai ‘Sabah and Labuan SeeEatFood Trail Fun’.

“Inisiatif itu adalah salah satu usaha bagi menarik pelancong ke Sabah dan Labuan yang terkenal sebagai syurga makanan laut.

“Kedudukan Geografi wilayah berkenaan yang dikelilingi laut menjadi kelebihan kerana makanan laut di sini lebih murah,” katanya ketika melancarkan program tersebut, di sini semalam.

Menurutnya, risalah berkenaan juga memiliki kod respon pantas yang boleh diakses dengan telefon mudah alih, sekali gus pengguna boleh mendapatkan maklumat dengan mudah.

Selain itu, Ednie berkata, pihaknya turut menghasilkan kandungan interaktif melalui video yang akan dimuat naik ke laman sosial rasmi mereka.

“Risalah itu juga turut mengandungi tampat-tempat pelancongan menarik yang ada di negeri Sabah dan Labuan.

“Justeru, saya berharap semua pihak dapat membantu mempromosikan risalah itu supaya dapat menarik kehadiran pelancong ke negeri ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement