Anda di sini

Kelindan parah, lori rempuh rumah sebelum jatuh gaung

Advertisement
 Keadaan rumah yang dirempuh lori tiga tan di Kampung Kapa Tamparuli Jalan Ranau di sini.
ROSAK: Keadaan rumah yang dirempuh lori tiga tan di Kampung Kapa Tamparuli Jalan Ranau di sini.
 Lori tiga tan terbabas ke dalam gaung di Kampung Kapa Tamparuli Jalan Ranau di sini.
TERBABAS: Lori tiga tan terbabas ke dalam gaung di Kampung Kapa Tamparuli Jalan Ranau di sini.

TUARAN: Seorang kelindan lori mengalami kecederaan parah selepas lori tiga tan itu terbabas sendiri sebelum merempuh sebuah rumah di Kampung Kapa Tamparuli Jalan Ranau di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Abdul Qawie Abdul Gapar berkata lori dinaiki dua individu itu kemudiannya terjatuh ke dalam gaung sedalam 500 meter.

“Bertindak dengan kejadian, kita menggegaskan sepasukan pegawai serta anggota ke lokasi sebaik mendapat panggilan kecemasan pada jam 7.48 pagi.

“Kejadian menyebabkan rumah yang dirempuh mengalami kerosakan sebanyak 90 peratus manakala sembilan sekeluarga berumur 19 hingga 82 tahun yang berada di dalam rumah semasa kejadian berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba melalui Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) kemudiannya memberikan rawatan awal kepada dua mangsa lelaki yang mengalami kecederaan di dalam lori terbabit.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.50 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement