Anda di sini

16 terbunuh dalam pertempuran militia di Libya

Advertisement

TRIPOLI: Seklurang-kurangnya 16 orang telah terkorban dan 52 orang lagi cedera dalam pertempuran di antara kumpulan bersenjata di Tripoli, menurut kementerian kesihatan kelmarin, selepas satu keganasan yang berdasarkan  politik terbaharu telah melanda bandar utama Libya.

Pertempuran bermula pada malam Khamis dan berlanjutan hingga tengah hari Jumaat. Kelmarin, keganasan meletus di bandar ketiga Misrata di Libya, mendesak kedutaan AS untuk memberikan amaran mengenai risiko bagi keadaan bertambah buruk.

Misrata merupakan kampung halaman bagi kedua-dua perdana menteri yang bermusuhan yang sedang cuba untuk mendapatkan kawalan untuk tinggalan sebuah kerajaan pusat.

Perbalahan melibatkan militia yang setia kepada kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Abdulhamid Dbeibah menentang satu lagi yang setia kepada lawannya Fathi Bashagha, dinamakan pada Februari oleh parlimen berpusat di bahagian timur negara, lapor media Libya.

Duta AS Richard Norland menyeru kepada semua pelakon politik dan penyokong mereka di kalangan kumpulan bersenjata agar berundur dalam langkah untuk mengelakkan keadaan berterusan.

"Pertempuran pada hari ini di Misrata menunjukkan prospeks berbahaya bahawa keganasan terkini akan berlanjutan," beliau memberikan amaran dalam satu ciapan.

Orang ramai melihat kerosakan yang disebabkan oleh pertempuran di antara kumpulan bersenjata baru-baru ini di kawasan kejiranan Tripoli ibu kota Libya. - Gambar AFP
Orang ramai melihat kerosakan yang disebabkan oleh pertempuran di antara kumpulan bersenjata baru-baru ini di kawasan kejiranan Tripoli ibu kota Libya. - Gambar AFP

Usaha bersenjata sama ada untuk menguji atau untuk mempertahankan status quo politik berisiko akan membawa Libya kembali kepada satu era di mana rakyatnya fikir telah ditinggalkan.

Perbalahan Tripoli adalah di antara dua kumpulan bersenjata dengan pukulan utama di barat bagi sebuah negara yang terjejas akibat peperangan pasukan Al-Radaa dan Tripoli Revolutionaries Brigade.

Beberapa sumber menyatakan penahanan oleh sebuah kumpulan terhadap seorang pejuang dari sebuah kumpulan lain telah mencetuskan pertempuran, yang berlanjutan ke beberapa daerah lain di ibu negara.

Pada Jumaat, sebuah kumpulan  dikenali sebagai 444 Brigade telah campur tangan untuk membincangkan satu perjanjian, mengerahkan pasukan tenteranya sendiri ke sebuah zon kawasan terpisah sebelum mereka juga berdepan dengan pertempuran sengit, lapor jurugambar AFP.

Libya telah dibelenggu oleh keadaan tidak selamat sejak  satu kebangkitan yang disokong oleh NATO menggulingkan dan membunuh diktator Moamer Kadhafi pada  2011, meninggalkan satu keadaan penyedutan kuasa yang cuba didapati oleh kumpulan bersenjata selama bertahun-tahun.

Ketegangan telah meningkat selama beberapa bulan di Libya ketika perdana menteri yang bermusuhan telah saling berdepan, menambahkan kebimbangan bagi konflik baharu dua tahun selepas satu perjanjian mercu tanda menamatkan satu cubaan memusnahkan oleh ketua tentera timur Khalifa Haftar untuk merampas Tripoli secara paksaan.

Kematian adalah kematian warga awam pertama akibat pertempuran di Tripoli sejak perjanjian 2020.

Kedua-dua kumpulan terlibat dalam pertempuran Tripoli adalah secara nominalnya setia kepada Kerajaan Negara Perpaduan pimpinan Dbeibah, dilantik pada tahunm lepas sebagai sebahagian dari proses damai yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Berssatu.

Dbeibah telah menolak untuk menyerahkan kuasa kepada Bashagha, dinamakan sebagai perdana menteri selepas beliau melakukan satu perjanjian Haftar. - AFP

Advertisement