Anda di sini

25 maut bas rempuh trak di Mesir

Advertisement
Bas tersebut remuk teruk selepas merempuh trak di jalan raya di selatan Kaherah kelmarin. — Gambar AFP
Bas tersebut remuk teruk selepas merempuh trak di jalan raya di selatan Kaherah kelmarin. — Gambar AFP

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan lebih 35 cedera di Mesir kelmarin apabila bas yang mereka naiki merempuh trak yang diparkir, menurut laporan media rasmi.

Bas yang membawa kira-kira 45 penumpang itu merempuh trak pegun berhampiran kampung al-Barsha, kira-kira 300 kilometer dari ibu kota Kaherah di daerah al-Minya.

“Trak itu diparkir di tepi jalan untuk menukar tayar apabila ia dilanggar oleh bas dari belakang yang dalam perjalanan dari daerah Sohag ke Kaherah,” kata kenyataan gabenor.

Kementerian Solidariti Sosial Mesir berkata ia akan menawarkan “pampasan kecemasan” sebanyak 10,000 pound Mesir (RM2,400) kepada keluarga mangsa yang terbunuh, kata media negara.

Kemalangan sedemikian agak biasa berlaku di Mesir, di mana banyak jalan rosak dan peraturan lalu lintas sering diabaikan.

Kira-kira 7,000 orang mati dalam kemalangan jalan raya di negara ini pada tahun 2020, menurut angka rasmi. — AFP 
 

Advertisement