Anda di sini

Seorang maut, seorang hilang pesawat terhempas di tasik di tengah Sweden 

Advertisement
Anggota Penyelamat Laut dilihat dalam bot ketika menuju ke Tasik Siljan, dekat Rattvik, di tengah Sweden di mana sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas kelmarin. — Gambar AFP
Anggota Penyelamat Laut dilihat dalam bot ketika menuju ke Tasik Siljan, dekat Rattvik, di tengah Sweden di mana sebuah pesawat kecil dilaporkan terhempas kelmarin. — Gambar AFP

STOCKHOLM: Polis Sweden kelmarin melaporkan seorang maut dan seorang lagi hilang, kedua-duanya merupakan warganegara Jerman, selepas sebuah pesawat amfibia kecil terhempas di sebuah tasik di tengah Sweden.

“Kami mengesahkan kemalangan pesawat, yang berlaku pada sebelah petang,” kata jurucakap polis Diana Qudhaib.

Polis berkata, pesawat itu merupakan sebuah pesawat amfibia dua enjin yang berlepas dari lapangan terbang berhampiran, dengan dua penumpang dan kedua-duanya ialah warga Jerman.

Selepas operasi menyelamat dilancarkan, sebuah helikopter ambulans mengesan salah seorang daripada dua mangsa itu.

“Percubaan untuk menghidupkannya semula telah dibuat, tetapi seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an telah meninggal dunia,” kata Qudhaib.

Penumpang kedua masih hilang dan polis dalam satu kenyataan semalam berkata, pencarian akan diteruskan.

Polis juga menjelaskan bahawa siasatan awal telah dilancarkan. — AFP 

Advertisement