Anda di sini

Wartawan Rusia yang memprotes perang Ukraine di TV ditangkap

Advertisement
Seorang wanita berdiri di hadapan rumahnya yang musnah susulan serangan udara oleh tentera Rusia di bandar Toretske dalam wilayah Donetsk, kelmarin. - Gambar AFP
Seorang wanita berdiri di hadapan rumahnya yang musnah susulan serangan udara oleh tentera Rusia di bandar Toretske dalam wilayah Donetsk, kelmarin. - Gambar AFP

       
MOSCOW: Pihak polis Rusia kelmarin menahan wartawan Marina Ovsyannikova yang mana pada Mac lalu mengganggu siaran langsung di televisyen bagi mengecam tindakan ketenteraan di Ukraine, menurut peguamnya.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan tetapi penahanannya dibuat beberapa hari selepas Ovsyannikova, 44, melakukan tunjuk perasaan bersendirian berhampiran Kremlin sambil memegang poster yang mengkritik campur tangan Rusia di Ukraine dan Presiden Vladimir Putin.

"Marina telah ditahan,” menurut pasukannya dalam mesej yang dihantar dalam akaun Telegram milik wartawan tersebut.

“Setakat ini tiada maklumat mengenai lokasi terbaharunya.”

Mesej tersebut turut memaparkan tiga gambar yang menunjukkan Marina sedang dibawa dua anggota polis ke sebuah van putih, selepas dikatakan telah diarah berhenti semasa sedang menunggang basikal.

Peguamnya Dmitri Zakhvatov mengesahkan penahanannya kepada agensi berita Ria-Novosti dan menyatakan beliau tidak mengetahui ke mana Ovsyannikova telah dibawa.

“Saya menjangkakan bahawa ia mempunyai kaitan dengan tindakan protes yang dilakukannya,” tambah beliau.

Pada Mac lalu, Ovsyannikova yang merupakan pengarang bagi televisyen Channel One, menyerbu masuk ke dalam set program berita petang utama Vremya Time sambil memegang poster yang bertulis 'Tiada Perang' dalam bahasa Inggeris.

Pada Jumaat lepas, Ovsyannikova menghantar beberapa keping gambarnya dalam Telegram menunjukkan beliau berhampiran Kremlin dan mambawa sebuah poster protes membangkitkan tentang kematian kanak-kanak dan mengecam Putin sebagai seorang pembunuh.

Deklarasi mengenai tindakan ini mendedahkannya dengan pendakwaan jenayah kerana menyiarkan maklumat palsu mengenai dan memburuk-burukkan nama pihak tentera, kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penjara yang berat.

Ovsyannikova menjadi terkenal secara mendadak selepas melakukan protes TV secara langsung itu di mana gambarnya mengganggu siaran tersebut tular di seluruh dunia.

Dia ditahan seketika kemudian dibebaskan dengan dikenakan denda, namun ketika beberapa pemerhati antarabangsa memuji tindakan protesnya, ia tidak disanjung oleh pihak pembangkang Rusia.

Beberapa pengkritik menyatakan beliau sudah bertahun-tahun bekerja bagi rangkaian Pervy Kanal, yang menurut mereka secara efektifnya adalah jurucakap bagi Kremlin.

Dalam masa beberapa bulan selepas protesnya itu, Ovsyannikova menghabiskan kebanyakan masa di luar negara termasuk satu tempoh bekerja seketika untuk akhbar Jerman Die Welt.

Pada awal Julau, beliau mengumumkan bahawa beliau telah kembali ke Rusia untuk menyelesaikan masalah melibatkan hak penjagaan anak-anaknya. – AFP

PIC UKRAINE
BERLANJUTAN:

Advertisement