Anda di sini

Pembinaan sistem ART di Kuching dijangka bermula September

Advertisement
Gambar hiasan China Railway Construction Corporation
Gambar hiasan China Railway Construction Corporation

KUCHING: Kerja-kerja pembinaan fizikal sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Kuching dijangka bermula pada September tahun ini, kata Pengarah Komunikasi Korporat Program SEED dan Perhubungan Bumiputera Sarawak Metro Alexius Barieng.

Menurutnya, Sarawak Metro perlu melakukan banyak perkara dalam membangunkan sistem pengangkutan di Kuching.

Untuk ART Kuching ujar beliau, pihaknya dijangka memulakan kerja-kerja di lapangan menjelang September.

“Warga Kuching akan melihat kemunculan kenderaan ART berkuasa hidrogen pertama secara fizikal menjelang separuh kedua tahun depan.

“Bagi perjalanan pertama (pengoperasian) mungkin bermula suku keempat 2025 dan kita menjangkakan untuk menyelesaikan seluruh projek sistem pengangkutan awam Kuching menjelang tahun 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Sarawak Metro bersama Media yang diadakan di sebuah hotel di sini malam Jumaat lalu.

Alexius turut memberitahu bahawa Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengumumkan satu berita mengenai projek dilaksanakan Sarawak Metro dalam tempoh dua minggu lagi.

ART Kuching melibatkan pembinaan dua jajaran laluan sepanjang 52.6 kilometer.

Sarawak Metro sebagai anak syarikat milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) ditubuhkan pada Februari 2018 untuk membangun dan mengurus pengoperasiannya.
 

  • oleh
  • Advertisement