Anda di sini

Sabah rekod 154 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan peningkatan kes COVID-19 apabila mencatatkan 154 kes baharu hari ini berbanding 135 kes pada hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatat 91 jangkitan baharu, peningkatan sebanyak 35 kes daripada hari sebelumnya.

"Pertambahan besar kes baharu di Kota Kinabalu merupakan faktor utama yang menyebabkan jumlah jangkitan harian di Sabah melambung tinggi hari ini.

"Hampir 85 peratus daripada 91 kes di Kota Kinabalu hari ini adalah melalui jangkitan sporadik," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran juga merekodkan kes baharu dua angka. 

Katanya, Penampang mencatatkan 15 jangkitan baharu tetapi jauh lebih rendah berbanding jangkitan hari sebelumnya yang berjumlah 37 kes.

"Sebanyak 14 daerah tidak mencatatkan sebarang jangkitan sepanjang tempoh 24 jam yang lalu berbanding 15 daerah kelmarin. 

"Tiga daerah iaitu Kinabatangan, Keningau dan Ranau yang merekodkan jangkitan kelmarin kembali ‘bersih’ hari ini," katanya.

Bagaimanapun katanya, Lahad Datu, Kuala Penyu, Kudat dan Beluran yang ‘bersih’ daripada jangkitan sebelum ini mencatatkan jangkitan baharu.

Menurutnya, sebanyak 152 daripada 154 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, serta dua kes dalam Kategori 4.

  • oleh
  • Advertisement