Anda di sini

Perlawanan persahabatan kukuhkan perpaduan

Advertisement
 Kedua-dua pasukan bergambar kenangan semasa perlawanan itu diadakan.
KENANGAN: Kedua-dua pasukan bergambar kenangan semasa perlawanan itu diadakan.

RANAU: Perlawanan persahabatan bola sepak mampu menjadi ruang untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan kakitangan awam di negeri ini.

Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani berkata anjuran ini disifatkan sebagai ruang untuk kakitangan awam bersilaturrahim.

Katanya, perlawanan ini antara aktiviti bersama bagi memupuk dan meningkatkan semangat muhibbah yang sedia terjalin.

“Selain dapat menyihatkan tubuh badan, semua yang terlibat juga dapat bertemu dan bersuai kenal antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Telupid, Celestine Jetong menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas sambutan mesra pihak penganjur.

Katanya, perlawanan persahabatan ini antara aktiviti yang dijalankan sempena kunjungan kami yang julung kali diadakan ke daerah Ranau.

“Saya berbesar hati untuk mempelawa pasukan pejabat daerah Ranau untuk mengadakan kunjungan balas ke Telupid.

“Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pasukan daerah Ranau supaya dapat mengadakan perlawanan persahabatan seperti ini lagi,” katanya.

Terdahulu, pasukan daerah Ranau menang dalam perlawanan tersebut dengan jaringan tujuh berbalas dua yang diadakan di Padang Majlis Daerah Ranau, di sini baru-baru ini.

  • oleh
  • Advertisement