Anda di sini

Pemandu maut, pacuan empat roda terbabas sendiri

Advertisement
 Pacuan empat roda terbalik dan remuk akibat kemalangan tersebut.
MAUT: Pacuan empat roda terbalik dan remuk akibat kemalangan tersebut.

KENINGAU: Pemandu maut, manakala penumpangnya cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki tebabas sendiri di Kampung Liau Darat, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Keningau, Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 malam.

“Seramai 11 anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan operasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas sendiri ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, terdapat dua lelaki berumur 48 dan 30 tahun masih berada di dalam kenderaan tersebut dan usaha mengeluarkan mangsa terus dilakukan.

“Pemandu yang tersepit di dalam kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia, manakala penumpangnya hanya cedera ringan sahaja.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Sharudy berkata, pasukannya menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat untuk pengguna jalan yang lain, sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.54 malam.

  • oleh
  • Advertisement