Anda di sini

Lelaki parah kereta bertembung dengan pacuan empat roda

Advertisement
 Kereta mangsa yang remuk akibat bertembung dengan pacuan empat roda.
REMUK: Kereta mangsa yang remuk akibat bertembung dengan pacuan empat roda.

BELURAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Telupid-Sandakan, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 malam.

Katanya, seramai empat anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta bertembung dengan pacuan empat roda.

“Pemandu kereta berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurut Rastam, setakat ini maklumat mangsa yang cedera belum diperolehi dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat untuk pengguna jalan raya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.58 malam,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement