Anda di sini

KPDNHEP Bintulu serbu premis sorok minyak masak sawit tulen

Advertisement

BINTULU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu bertindak menyerbu serta memeriksa sebuah premis di bahagian ini kerana disyaki menyorok stok minyak masak dalam Ops Anti Sorok yang diadakan kelmarin.

Ketua KPDNHEP Cawangan Bintulu Nazari Hassan berkata, hasil maklumat serta risikan pasukan penguatkuasaannya menjalankan pemeriksaan ke atas premis terbabit dan menemui 21 kotak minyak masak sawit tulen jenama Vesawit botol 2 kilogram (kg), 14 kotak minyak masak sawit tulen jenama Tilapia juga botol 2 kg seberat 168 kg dan enam kotak minyak masak sawit tulen jenama Tilapia botol 5 kg.

"Kesemua minyak masak tersebut dianggarkan seberat 540 kilogram dan bernilai RM3,618," katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.

 Stok minyak masak yang dirampas KPDNHEP Cawangan Bintulu dari sebuah premis di Bintulu pada Ahad.
Stok minyak masak yang dirampas KPDNHEP Cawangan Bintulu dari sebuah premis di Bintulu pada Ahad.

Ia merupakan satu lagi usaha KPDNHEP dalam menangani kegiatan peniaga yang menyorok minyak masak sekali gus melanggar Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Menurut Nazari, dalam tempoh Januari hingga Isnin (27 Jun) sebanyak 3,234 premis di sini diperiksa dan berjaya mengesan 42 kes atas pelbagai kesalahan.

Sepanjang tempoh terbabit katanya, jumlah rampasan yang dilakukan pihak KPDNHEP Bintulu melibatkan nilai RM921,743 dengan kompaun berjumlah RM76,850.

Advertisement