Anda di sini

Golongan remaja paling tinggi dijangkiti COVID-19

Advertisement

KOTA KINABALU: Daripada keseluruhan 123 jangkitan COVID-19 di Sabah pada Isnin, golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun menunjukkan statistik paling tinggi dijangkiti wabak terbabit.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata golongan terbabit mencatatkan 34 pesakit dijangkiti diikuti individu berumur 30 hingga 39 tahun menduduki tempat kedua tertinggi iaitu 26 pesakit disahkan positif COVID-19.

“Golongan umur 18 hingga 29 tahun serta 40 hingga 49 tahun masing-masing mencatatkan 18 kes manakala 50 hingga 59 tajun 12 kes dan kategori umur lain mencatatkan kurang daripada lima kes.

“Hanya seorang pesakit dijangkiti bagi golongan berumur kurang satu tahun dan 80 hingga 89 tahun manakala tiada kes bagi pesakit yang berada dalam golongan 60 hingga 69 tahun serta individu melebihi 90 tahun,” katanya.

Masidi berkata komposisi kes positif COVID-19 pada 27 Jun juga menunjukkan 68 individu dijangkiti bagi golongan yang sudah lengkap menerima dos lengkap serta dos penggalak.

“45 pesakit lain adalah pesakit yang sudah menerima dua dos bagaimanapun belum menerima dos penggalak, lima pesakit bagi golongan yang belum layak menerima vaksin berikutan berumur kurang daripada lima tahun.

“Empat pesakit dicatatkan dijangkiti berikutan belum menerima vaksin manakala satu kes bagi pesakit yang menerima hanya satu dos vaksin,” katanya.

Tambahnya bagi statistik sama empat individu bukan warga Malaysia direkodkan dijangkiti manakala baki 119 yang lain adalah warga tempatan.

MASIDI
MASIDI
  • oleh
  • Advertisement