Anda di sini

Tiada kegiatan sorok barang kawalan di Sibu

Advertisement

SIBU: Tiada kegiatan atau kes dilaporkan berkaitan kesalahan menyorok barang kawalan di Sibu, kata Ketua Cawangan KPDNHEP Sibu Kelyn Bolhassan.

Beliau berkata, Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sibu telah melaksanakan Ops Anti Sorok di sekitar kawasan Sibu.

Jelasnya, ini bertujuan memastikan tiada individu dan syarikat melakukan aktiviti penyelewengan dan menyorok barang kawalan/subsidi dan membanteras aktiviti haram ini agar tidak mendatangkan kesan buruk kepada Keluarga Malaysia dan negara.

"Sebanyak 5,262 premis perniagaan telah diperiksa dan 51 siasatan aduan berkaitan kepenggunaan telah dijalankan dari Januari hingga Jun 2022.

"Operasi ini dijalankan bagi memastikan industri dan peniaga barang kawalan dan keperluan asas sentiasa cakna dengan tanggungjawab untuk memastikan bekalan barang kawalan dan keperluan asas mencukupi dan sentiasa berada di pasaran dan bagi mengelakkan berlakunya aktiviti penyelewengan melalui penyorokan barang-barang kawalan daripada berlaku.

"Pemantauan dan pemeriksaan secara harian memberi impak yang positif kepada pengguna dan peniaga. Kita akan mempertingkatkan langkah pencegahan ini selaras dengan peredaran masa agar tiada aktiviti penyorokan barang kawalan berlaku pada masa akan datang," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Sibu melakukan pemeriksaan barangan kawalan di sekitar Sibu, baru-baru ini.
Pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Sibu melakukan pemeriksaan barangan kawalan di sekitar Sibu, baru-baru ini.

Dalam pada itu, KPDNHEP memberi amaran keras kepada mana-mana individu dan syarikat agar tidak bersubahat/terbabit dengan aktiviti penyelewengan dan menyorok barang kawalan/subsidi bagi mengelakkan dikenakan tindakan yang tegas oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, mana-mana orang yang melakukan kesalahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3,000,000 bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat, sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewengan/penyorokkan barang kawalan, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada cawangan KPDNKK terdekat.

Selain itu, aduan juga boleh dibuat melalui plikasi telefon pintar Ez ADU, atau layari laman sesawang e-aduan.kpdnhep.gov.my, atau e-mel ke alamat [email protected], atau hubungi Pejabat KPNDHEP Cawangan Sibu di talian 084-335622 atau menerusi WhatsApp ke 019-2794317.

  • oleh
  • Advertisement