Anda di sini

Projek bina semula Jambatan Kampung Middle Tukau telah siap sepenuhnya

Advertisement
(Dari kiri) Chong Kong Fui, Kapitan Chong Boon Seng dan Esther Wong meninjau projek bina semula Jambatan Kampung Middle Tukau.
(Dari kiri) Chong Kong Fui, Kapitan Chong Boon Seng dan Esther Wong meninjau projek bina semula Jambatan Kampung Middle Tukau.

MIRI: Projek bina semula Jambatan Kampung Middle Tukau yang rosak sejak sebulan lalu telah siap sepenuhnya sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk yang melalui jambatan berkenaan.

Bagi pemilik rumah di kawasan berdekatan, Yong Yee Shing berkata, jambatan kecil berkenaan adalah laluan utama untuk ke Miri dan kebunnya yang berada berhampiran.

Dia sebelum ini pernah meminta bantuan daripada Ketua Masyarakat Tukau, Kapitan Chong Boon Seng untuk menyelesaikan masalah jambatan patah itu. 

Kapitan kemudian telah memanjangkan isu itu kepada penasihat Pergerakan Pemuda SUPP Lambir Esther Wong dan seterusnya turun ke tempat kejadian untuk meninjau jambatan yang rosak itu. 

"Kapitan Chong telah mencadangkan kepada wakil rakyat untuk membina semula jambatan rosak itu. 

Selain itu, beliau juga memohon sumbangan untuk membeli bahan (simen pembetungan daripada wakil rakyat berdasarkan harga yang diberikan oleh kedai peralatan bahan binaan," katanya.

Menurut Yong, kerja-kerja pembaikan telah dilakukannya sendiri kerana beliau mempunyai mesin jengkaut.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Suani yang dimaklumkan perkara itu segera memberikan bantuan RM2,500 bagi kerja-kerja pembinaan semula jambatan yang telah usang itu.

Selepas sebulan kerja pembaikan, Yong memberitahu kepada kapitan bahawa jambatan kayu yang rosak itu telah ditukar kepada jalan tanah. 

Memandangkan bahan yang dimohon iaitu empat unit pembetungan konkrit, Yong telah menggunakan tanah untuk menutupnya bagi menstabilkan jalan tanah.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Lukanisman kerana telah membantu menyelesaikan masalah jambatan rosak berkenaan," katanya.

Turut hadir bersama meninjau jalan tersebut ialah Kapitan Chong Boon Seng, Penasihat Pergerakan Pemuda SUPP Lambir Esther Wong dan ahli JKKK Tukau Chong Kong Fui.

Advertisement