Anda di sini

Peranan ibu bapa penting dalam membentuk sahsiah anak-anak

Advertisement
 Amisah (tengah) menerima cenderahati daripada pihak penganjur sempena majlis itu.
RASMIKAN: Amisah (tengah) menerima cenderahati daripada pihak penganjur sempena majlis itu.



RANAU: Kebahagiaan dalam keluarga merupakan antara elemen penting sebagai satu asas dalam pembentukan sebuah komuniti.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah diri anak-anak amat penting kerana mereka merupakan faktor pelindung kepada keluarga daripada risiko penyalahgunaan dadah mahupun pelencongan sosial.


Beliau berkata walaupun sibuk dengan kerjaya mahupun urusan seharian, anak-anak perlu menjadi keutamaan.


"Sentiasa berkomunikasi dengan ahli keluarga bukan sahaja menunjukkan kepedulian kita malah menguatkan lagi ikatan kasih antara ahli keluarga.


“Komunikasi yang baik membawa kepada keharmonian keluarga. Saya percaya semua keluarga mempunyai resepi kebahagiaan keluarga mereka tersendiri. Makna bahagia dalam setiap keluarga juga berbeza-beza. Namun, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mengekalkan kebahagiaan dalam rumah kita sendiri kerana pencegahan bermula dari rumah,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program  Seminar Keluarga 'Keluargaku Syurgaku' di Dewan Masyarakat Ranau kelmarin.


Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin.
Hadir sama wakil daripada Universiti  Malaysia Sabah, Prof Dr Dahlan dan Dr Wan Anor; Penolong Pengarah AADK Negeri Sabah Kartina Ujin dan Penolong Pegawai Daerah Ranau Florencia Padasian.


Menurutnya jalinan erat ini membuktikan bahawa agensi dan komuniti bersama-sama dalam menjayakan matlamat kerajaan dalam mencapai komuniti bebas dadah.


Jelasnya komuniti memainkan peranan penting dalam usaha-usaha pembangunan sosial dan komuniti yang merangkumi segmen-segmen penting dalam melahirkan keluarga bebas dadah, seterusnya membawa kepada keharmonian keluarga dalam mewujudkan keluarga sebagai faktor pelindung kepada anak-anak.


Tambah Masidi usaha AADK Negeri Sabah menganjurkan program ini adalah untuk meningkatkan penglibatan komuniti di semua peringkat secara menyeluruh dan mengutamakan perspektif keluarga dalam apa juga tindakan yang diambil.


Selain itu, ianya juga bertujuan meningkatkan kesedaran setiap ahli keluarga dalam komuniti supaya kembali memberi keutamaan kepada keluarga (back to basics) dalam setiap perancangan dan tindakan kehidupan seharian.
 

  • oleh
  • Advertisement