Anda di sini

PBB tunggu kelulusan ROS tubuh sayap Pergerakan Belia

Advertisement
Fazzrudin (dua kiri) bergambar dengan skuter pada majlis itu.
Fazzrudin (dua kiri) bergambar dengan skuter pada majlis itu.

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini menunggu kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menubuhkan sayap Pergerakan Belia baharu mereka.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, parti itu menyerahkan kepada ROS untuk memproses permohonan mereka.

“Pada Mesyuarat Agung Tritahunan (TGM) PBB lalu, kita telah meluluskan penubuhan sayap itu yang dianggotai ahli berusia 18 hingga 28 tahun.

"Tetapi sebelum itu, kami telah mengumpulkan kumpulan nama mereka yang telah menunjukkan minat untuk mendaftar dan menyertai (sayap baharu) parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semalam selepas merasmikan Majlis Penutup Hari Terbuka Belia di Matang Jaya di sini.

Fazzrudin yang merupakan timbalan pengerusi jawatankuasa penubuhan sayap baharu itu menjangkakan semua cawangan PBB di seluruh negeri akan membentuk sebuah sayap di peringkat cawangan selepas kelulusan ROS.

Ditanya mengenai jumlah pemohon yang memohon menyertai sayap baharu itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu berkata, bagi kawasan pilihan rayanya, terdapat lebih 1,000 belia yang telah mendaftar.

"Saya tidak mempunyai angka tepat di seluruh negeri, tetapi untuk Tupong, saya diberitahu bahawa terdapat lebih 1,000 pemohon," katanya.

Sementara itu mengenai harapannya terhadap sayap baharu itu, Fazzrudin berkata sebagai sebuah parti politik, sayap baharu itu akan menerapkan pengetahuan politik yang diperlukan kepada golongan muda.

“Ia juga akan memasukkan nilai-nilai politik dan bagaimana ia akan memberi manfaat kepada pembangunan masyarakat,” katanya.

Dari segi aktiviti, beliau berkata memandangkan perbezaan umur anggota sayap baharu itu berbanding sayap lain dalam PBB, beliau menjangka sayap baharu itu bakal menganjurkan aktiviti yang memenuhi bidang tertentu.

Terdahulu, dalam ucapannya pada program itu beliau juga dipetik berkata kerajaan negeri telah menyediakan ekosistem di mana golongan belia boleh maju.

"Premier Sarawak telah menegaskan perkara ini, supaya ada kesinambungan kepimpinan pada masa depan.

"Kami mahu melatih belia supaya apabila tiba masanya untuk mereka memikul kepimpinan dan menjadi pemimpin maka mereka sudah memiliki pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan," katanya.


 

Advertisement