Anda di sini

MTCC taja ‘Anugerah Freezailah’ UMS buat kali ke-5

Advertisement
 Suet Enn menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.
ANUGERAH: Suet Enn menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.

KOTA KINABALU: Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) menaja Anugerah Kelestarian Hutan Freezailah kepada graduan Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Universiti Malaysia Sabah (UMS) buat kali yang kelima.

Graduan program Perladangan Hutan dan Perhutani Hiew Suet Enn, 25, telah dipilih pemenang anugerah tersebut pada majlis Konvokesyen UMS ke-23, di sini kelmarin.

Beliau dipilih kerana kecemerlangan akademik dan tesis bertajuk ‘Detection Rate And Activity Pattern Of Tembadau (Bos Javanicus Low) In Salt Lick And Non Salt Lick Areas At Segaliud Lokan Forest Reserve, Sandakan, Sabah’.

Dengan penganugerahan tersebut, Suet Enn yang juga penerima Kelas Satu dengan PNGK 3.81 membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.

Penyampaian anugerah disampaikan ahli pemegang saham MTCC, Datuk Zainie Abdul Aucasa selepas sidang tiga majlis Konvokesyen tersebut.

Zainie berkata, Suet Enn telah dipilih daripada tiga pencalonan yang menampilkan projek akhir tahun berkaitan pengurusan hutan mampan, pensijilan hutan, pengurusan sumber semula jadi, penilaian impak alam serta penggunaan produk kayu dan hasil hutan bukan kayu.

“Kami berharap data asas yang diperolehi daripada kajian Suet Enn dapat membantu Unit Pengurusan Hutan Simpan Segaliud Lokan untuk terus memenuhi keperluan standard Kriteria dan Pengurusan Hutan Mampan.

“Anugerah ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada graduan lain untuk menyumbangkan idea, pengetahuan dan kemahiran mereka bagi memastikan kelestarian sumber semula jadi di Malaysia,” katanya.

Sementara Suet Enn ketika ditemui berkata kajian yang dilakukan adalah mengenai Tembadau yang merupakan sejenis lembu liar hampir pupus di kepulauan borneo terutamanya di Sabah.

“Saya melakukan kajian ini di Unit Pengurusan Hutan Simpan Segaliud Lokan kerana Tembadau sering dilihat di hutan tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah Kanan, Program Perladangan Hutan dan Perhutani, FPT, Dr. Jephte Sompud selaku penyelia tesis kami,” katanya.

Untuk rekod, anugerah ini mula diberikan pada tahun 2016 2016 bagi menghargai jasa Pengerusi Pengasas Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), Dato’ Dr Freezailah Che Yeom, yang telah berkhidmat selama 17 tahun.  

Anugerah Kelestarian Hutan Freezailah mula dianugerahkan pada 2016 bagi menghargai jasa Pengerusi Pengasas MTCC, Datuk Freezailah Che Yeom, yang telah berkhidmat selama 17 tahun.

  • oleh
  • Advertisement