Anda di sini

MPS akan naik taraf Jalan Wong King Huo, dijangka berlaku kesesakan

Advertisement
Clarence (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MPS hari ini.
Clarence (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MPS hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan melakukan kerja-kerja menaik taraf Jalan Wong King hingga ke bulatan Jalan Aman.

Pengerusinya Clarence Ting berkata, kerja menaik taraf tersebut dijadual bermula esok dan dijadual siap pada pertengahan bulan depan.

"Saya menjangkakan berlaku kesesakan lalu lintas di sepanjang laluan tersebut terutama pada waktu puncak.

"Justeru saya berharap orang ramai bersabar dalam tempoh tersebut dan pihak kontraktor akan bertungkus-lumus menyiapkannya," ujarnya hari ini.

Terdahulu, Clarence telah mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPS di sini.

Clarence berkata, laluan tersebut perlu dinaik taraf kerana sering ditenggelami air banjir.

Katanya, tanah di kawasan itu sudah mulai menurun dan sering digenangi air selepas cuaca hujan.

"Keadaan itu sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya terutama pada waktu malam,” jelasnya.

Advertisement