Anda di sini

Medic A, IPD Sibu ungguli Futsal MAKSAK Bahagian Sibu 

Advertisement
asukan Medic A merakam kenangan bersama Awang (berdiri belakang, tengah) selepas berakhirnya kejohanan tersebut di Sibu, semalam.
Pasukan Medic A merakam kenangan bersama Awang (berdiri belakang, tengah) selepas berakhirnya kejohanan tersebut di Sibu, semalam.

SIBU: Medic A mengungguli Kejohanan Futsal MAKSAK 2022 Bahagian Sibu bagi kategori lelaki yang berakhir di Stadium Tertutup Bukit Lima di sini, semalam.

Naib johan disandang PGA A sementara Cops dan PGA memenangi tempat ketiga bersama.

Bagi kategori wanita pula, IPD Sibu muncul johan manakala Medic Sibu dan RISDA Sibu masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Pasukan yang menang itu telah menerima hadiah wang tunai, piala iringan dan pingat yang disampaikan Timbalan Residen Bahagian Sibu Awang Mohammed Nizam.

Sebanyak 29 pasukan lelaki dan empat pasukan wanita berentap dalam kejohanan tersebut yang berlangsung dari 25 hingga 26 Jun.

Kejohanan kali ini dianjurkan Penjara Pusat Sibu yang bertujuan memilih wakil Sibu ke kejohanan futsal di peringkat MAKSAK negeri kelak.

Advertisement