Anda di sini

Lelaki pecah mesin ATM ditahan

Advertisement

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di pekarangan Balai Polis Kota Sentosa, Jalan Lapangan Terbang Lama di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan sekitar jam 9 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

"Bagaimanapun tiada rampasan ketika  tangkapan dilakukan ke atas lelaki berkenaan dan tiada rekod jenayah lampau," katanya dalam satu kenyataan.

Mesin ATM di sebuah premis di Siburan pecah pada bahagian skrin.
Mesin ATM di sebuah premis di Siburan pecah pada bahagian skrin.

Ujar Zainal, kes akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pada Ahad, polis menerima aduan daripada pengadu yang juga Polis Bantuan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhubung pintu ABL BSN Siburan terbuka sekitar jam 12.12 tengah malam.

Sekitar jam 12.18 malam, seorang pelanggan menghubungi pengadu memaklumkan bahawa terdapat kesan retak pada bahagian skrin satu mesin ATM.

Pengadu melakukan pemeriksaan ke atas mesin berkenaan sejurus menerima laporan dan mendapati bahagian skrin satu mesin ATM retak.

Bagaimanapun tiada kehilangan barang dalam premis dan laporan telah dibuat oleh pihak bank untuk tuntutan insurans dan kerugian dialami setakat ini berjumlah RM800.

Advertisement