Anda di sini

Kes baharu COVID-19 meningkat kepada 354 pada minggu Epidemiologi ke-25

Advertisement

KUCHING: Kes jangkitan COVID-19 di Sarawak menunjukkan peningkatan pada Minggu Epidemiologi ke-25 ini dengan 354 kes baharu direkodkan berbanding 325 kes pada minggu sebelumnya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi negeri ini sebanyak 307,671 kes.

Daripada 354 kes yang direkodkan, 349 kes adalah kategori satu dan dua manakala lima lagi kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

Kuching katanya merekodkan kes tertinggi dengan 97 kes diikuti Miri (62), Sibu (55), Bintulu (37), Serian (15), Samarahan (13), Sarikei dan Sri Aman masing-masing (7), Bau (6) dan Betong (5).

Empat daerah iaitu Betong, Mukah, Simunjan dan Dalat masing-masing merekodkan (4) kes dan tiga kes di Selangau, Lawas serta Lundu.

Daerah Subis, Sebauh, Lubok Antu, Tatau, Marudi dan Daro merekodkan (2) kes dan masing-masing (1) kes di Meradong, Tebedu, Kapit, Julau, Belaga, Kanowit, Asajaya, Kabong, Beluru, Song dan Bukit Mabong.

Lima lagi daerah iaitu Pakan, Telang Usan, Pusa, Tanjung Manis dan Matu masing-masing merekodkan sifar kes baharu.

Mengenai kes kematian akibat COVID-19, tiada kes kematian baharu direkodkan bagi Minggu Epidemiologi ke-25 ini berbanding satu kes pada minggu sebelumnya.

Advertisement