Anda di sini

Bermain judi di tempat awam, wanita didenda RM2,000

Advertisement

MIRI: Gara-gara bermain judi di tempat awam, seorang wanita didenda RM2,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nazira Adlin Ahmad Khairul Razi setelah Amira Safina Safari, 25, dari Kampung Luak, mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah bermain judi jenis judi dalam talian di tempat awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 petang, 17 Jun lalu di hadapan sebuah rumah di Jalan Piasau Utara, Kampung Piasau Utara.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Syahrizan Taha manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Advertisement