Anda di sini

Bale tinggalkan Real, berpindah ke LAFC

Advertisement
 
LOS ANGELES: Kapten skuad kebangsaan Wales, Gareth Bale, mengesahkan perpindahannya ke kelab Los Angeles FC (LAFC) dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat (AS) selepas meninggalkan kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.

Bale mengesahkan dia merancang untuk menyertai LAFC dalam satu ciapan di Twitter berikutan tersebar khabar angin pada awal hari yang sama tentang perpindahannya.

“Jumpa anda tidak lama lagi Los Angeles,” ciap Bale, 32. Diiringi dengan video menunjukkan Bale memakai jersi dan topi LAFC.

Awal hari yang sama, akhbar Los Angeles Times di AS berkata Bale akan layak beraksi untuk LAFC dari 1 Julai.

Penyiaran ESPN melaporkan bahawa Bale akan terbang ke Los Angeles pada hujung minggu untuk menandatangani satu kontrak yang berlarutan sehingga akhir musim ini, dengan satu pilihan lanjutan satu tahun lagi.

Bale pernah merupakan pemain paling mahal di dunia dan menghabiskan lapan musim terakhir di Real Madrid, memenangi tiga kejuaraan La Liga Sepanyol dan lima kejuaraan Liga Juara-Juara.

Dia menjaringkan 139 gol liga bersama Real dan 39 gol antarabangsa dari 106 perlawanan bersama Wales.

Bale memainkan peranan penting membantu Wales layak ke Piala Dunia 2022, di mana mereka berada dalam kumpulan pusingan pertama bersama-sama AS, England dan Iran.

Ia merupakan kali pertama Wales layak ke Piala Dunia sejak 1958.

Pengesahan perpindahan Bale hadir ketika LAFC cuba mengekalkan permulaan musim MLS yang memberangsangkan.

Kelab dari California itu mendahului kedudukan liga di Western Conference dengan 30 mata dari 15 perlawanan, dengan musim bola sepak di AS sudah bermula beberapa bulan yang lalu.

Bale adalah pemain antarabangsa berprofail tinggi kedua berpindah ke LAFC dalam beberapa minggu yang lalu.

Bekas pemain antarabangsa Itali dan kelab Juventus, Giorgio Chiellini, juga menyertai kelab pada awal bulan ini.

Berita keputusan Bale menyertai MLS hadir beberapa hari selepas laporan di Britain menjelaskan dia sedang berbincang dengan kelab Cardiff untuk satu kemungkinan perpindahan ke kelab di tanahairnya.

Bekas kelabnya, Tottenham Hotspur dan Newcastle United juga pernah dianggap sebagai antara destinasinya. — AFP