Anda di sini

305 paket minyak masak bersubsidi dirampas

Advertisement
 Minyak masak bersubsidi yang berjaya dirampas dalam kejadian tersebut.
RAMPAS: Minyak masak bersubsidi yang berjaya dirampas dalam kejadian tersebut.

SANDAKAN: Sebanyak 305 paket minyak masak bersubsidi dipercayai cuba diseludup ke luar negara berjaya dirampas di kawasan berhampiran Sungai Besar Tanjung Aru, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari itu, Zon Maritim Sandakan yang menjalankan tugas di perairan negara mengesan sebuah bot mencurigakan tersorok di kawasan tersebut.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata pihaknya mendekati bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot bekenaan, menemukan sebanyak 18 kotak besar mengandungi 305 paket minyak masak bersubsidi dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

“Kita percaya, pemilik bot berkenaan melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, semua minyak masak dan bot tersebut dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan termasuk bot dan enjin dianggarkan berjumlah RM21,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot, dalang serta pelaku disebalik kegiatan penyeludupan ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement