Anda di sini

Ular sawa menyorok dalam tempayan di bilik mandi

Advertisement
Seekor ular sawa ditemui oleh seorang penghuni sebuah rumah di Jalan Abang Amin Bintangor di dalam sebuah tempayan di bilik mandi rumahnya.
Seekor ular sawa ditemui oleh seorang penghuni sebuah rumah di Jalan Abang Amin Bintangor di dalam sebuah tempayan di bilik mandi rumahnya.

BINTANGOR: Seorang penghuni sebuah rumah di Jalan Abang Amin, dekat sini, dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa di dalam sebuah tempayan di bilik mandi rumahnya.

Kehadiran ular sawa disedari oleh penghuni rumah tersebut ketika salah seorang daripada penghuni rumah terbabit hendak menggunakan bilik mandi tersebut pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, kehadiran ular sawa tersebut disedari oleh penghuni rumah tersebut sekitar jam 1.30 tengah hari.

"Sejurus menyedari kehadiran ular sawa tersebut, penhuni rumah tersebut terus menghubungi pihak bomba bagi memohon bantuan untuk menangkap ular sawa tersebut.

"Selepas menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah tersebut, seramai tujuh orang anggota bomba dikerahkan ke lokasi terbabit yang terletak 3 kilometer dari balai.

"Berdasarkan situasi tersebut, anggota bomba bertugas telah bertindak menangkap ular sawa tersebut dengan menggunakan teknik menjerut," kata Nicholas kepada media.

Usaha menangkap ular tersebut telah berjaya dilakukan dengan lancar dan selamat.

Menurut Nicholas, usaha menangkap ular tersebut telah berjaya dilakukan dalam tempoh 15 minit sahaja.

"Sejurus berjaya ditangkap, ular sawa tersebut telah dilepaskan semula ke habitat asalnya," jelas Nicholas lagi.

Advertisement