Anda di sini

Tembakan di kelab malam di Oslo korbankan dua jiwa

Advertisement

Beberapa orang lagi cedera, seorang suspek ditangkap: Polis

 Anggota polis dilihat berkawal di jalan raya di tengah Oslo, Norway semalam selepas kejadian tembakan di sebuah kelab malam mengorbankan dua nyawa dan menyebabkan beberapa orang lagi cedera. — Gambar AFP
Anggota polis dilihat berkawal di jalan raya di tengah Oslo, Norway semalam selepas kejadian tembakan di sebuah kelab malam mengorbankan dua nyawa dan menyebabkan beberapa orang lagi cedera. — Gambar AFP


OSLO: Dua orang terkorban dan beberapa yang lain mengalami kecederaan serius dalam kejadian tembakan di tengah Oslo, menurut polis Norway semalam.

Seorang suspek ditangkap, kata polis di Twitter selepas melaporkan kejadian tembakan di sebuah kelab malam.

Insiden berlaku berhampiran kelab gay London Pub di tengah ibu negeri Norway, menurut laporan media.

“Dua orang telah disahkan meninggal dunia selepas kejadian tembakan itu. Terdapat beberapa kecederaan serius,” menurut polis.

“Secara keseluruhan, 10 mangsa telah menerima rawatan daripada kakitangan kesihatan. Tiga orang mengalami kecederaan serius,” Tore Barstad, ketua operasi polis, dipetik sebagai berkata oleh radio NRK.

Hospital Universiti Oslo telah menerima enam mangsa yang tercedera, yang mana keadaan mereka tidak diketahui buat masa ini, jurucakap hospital memberitahu TV2.

NRK melaporkan terdapat tiga tempat kejadian jenayah namun ia masih belum jelas sekiranya ia adalah tiga lokasi yang berlainan. — AFP

Advertisement