Anda di sini

Tekong, kru dan 10 pemancing berdepan detik cemas, bot hampir karam 

Advertisement
Bot yang digunakan oleh 12 mangsa mengalami kebocoran dan hampir tenggelam pada jarak lebih kurang 14 batu nautika barat laut Pulau Satang, di sini malam tadi.
Bot yang digunakan oleh 12 mangsa mengalami kebocoran dan hampir tenggelam pada jarak lebih kurang 14 batu nautika barat laut Pulau Satang, di sini malam tadi.

KUCHING: Kira-kira 12 individu berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki mengalami kebocoran dan hampir tenggelam pada jarak lebih kurang 14 batu nautika barat laut Pulau Satang, di sini malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim, Zin Azman Md Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.20 malam.

Menurutnya, sebaik menerima laporan Maritim Rescue Sub Centre (MRCS) Kuching mengatur mengatur gerak bot KILAT 22 ke lokasi serta memaklumkan kejadian itu kepada agensi sahabat.

"Pasukan Polis Marin (PPM) turut membantu dengan mengatur gerak dua aset iaitu PSC 11 dan RH23 ke lokasi kejadian sekitar jam 9.20 malam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, keadaan cuaca berangin dengan kelajuan 10 hingga 20 kilometer sejam dan keadaan laut bergelora menyukarkan pencarian.

Mangsa yang terlibat dalam insiden kecemasan yang berlaku malam tadi 
Mangsa yang terlibat dalam insiden kecemasan yang berlaku malam tadi 

Bagaimanapun, jelasnya sekitar jam 12.20 malam, MRCS Kuching berjaya menghubungi tekong melalui radio VHF dan memaklumkan bot telah selamat serta menuju ke jeti Sarawak Boat Club diiringi bot PSC11 dan RH23.

"Bot serta 12 mangsa selamat tiba di Jeti Sarawak Boat Club pada jam 1.40 pagi dan kesemua mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Ujarnya, setelah kesemua mangsa dilaporkan selamat, MRCS Kuching menamatkan Op Carilamat pada jam 1.40 pagi.

Terdahulu, bot yang dinaiki seorang tekong, seorang kru serta 10 pemancing itu bergerak ke laut sekitar jam 1 petang dari Jeti Sarawak Boat Club menuju ke kawasab perairan Lundu.

Menurut tekong, cuaca di lokasi memancing berubah dengan ketinggian ombak mencapai tiga meter menyebabkan bot dibadai laut bergelora.

Bot bagaimanapun mengalami kebocoran pada bahagian bawah sebelah kanan dan punca kebocoran belum dapat dipastikan.

Tekong berusaha mengawal kebocoran dengan menggunakan kain dan span tilam untuk menampal bahagian bot yang bocor sebelum membuat panggilan kecemasan memohon bantuan menggunakan radio VHF.

Bot pertama yang tiba memberi bantuan adalah bot tempatan dari Semariang dan hasil pemeriksaan keselamatan bot mangsa memiliki 14 jaket keselamatan dan empat pelampung keselamatan.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia turut menggesa komuniti agar memastikan bot dalam keadaan baik dan batalkan niat ke laut sekiranya cuaca buruk.

Sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan serta membawa peranti personel located beacon (PLB) untuk memudahkan pasukan penyelamat terus ke lokasi kecemasan.

Sebarang maklumat kecemasan boleh menghubungi Maritim Malaysia Negeri Sarawak secara terus di talian 082-432544/432016 atau MERS 999.

  • oleh
  • Advertisement