Anda di sini

Tapak Lapangan Terbang Lama dijadikan litar tetap akan dipertimbangkan

Advertisement
 Jafry ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam acara tersebut.
RASMI: Jafry ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam acara tersebut.

TAWAU: Cadangan untuk menjadikan tapak Lapangan Terbang Lama Tawau sebagai litar acara sukan permotoran tetap di daerah ini akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata pihaknya akan membawa perkara itu untuk kerajaan negeri pertimbangkan.

Katanya, tapak ini masih lagi milik kerajaan negeri dan difahamkan ia sudah lama terabai dari sebarang projek pembangunan.

“Saya akan panjangkan ke peringkat kerajaan negeri, sekiranya boleh diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah ataupun Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

“Selepas semua selesai, barulah kita boleh membuat penambah baikan dan jadikan ia sebagai litar acara sukan permotoran di daerah ini,” katanya semasa merasmikan acara ‘Tawau ET Drag Race’, di sini semalam.

Menurutnya, perbincangan bersama pemimpin tempatan juga sudah diadakan untuk menjadikan tapak ini satu tempat acara sukan permotoran secara tetap.

“Kita lihat di semenanjung contohnya, banyak tempat seperti ini sudah dibenarkan oleh kerajaan untuk dijadikan kawasan aktiviti atau sukan terbuka oleh masyarakat.

“Saya yakin sekiranya kawasan ini dijadikan litar yang tetap, sudah pasti ia juga akan menjadi pusat tarikan pelancongan untuk acara yang dianjurkan,”katanya.

 Jafry menyaksikan acara lumba kereta di litar tersebut.
LUMBA: Jafry menyaksikan acara lumba kereta di litar tersebut.

Sementera itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata acara seperti ini perlu diberikan sokongan dan dikembangkan dari semasa ke semasa.

“Saya difahamkan lebih 100 penyertaan dari seluruh Sabah dan sambutan terhadap sukan ini sangat menggalakkan khususnya golongan belia.

“Kerajaan akan pastikan sukan ini diberikan perhatian bagi mengelak golongan belia terlibat dengan perkara yang tidak sihat dan dapat mengembangkan lagi bakat mereka,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement