Anda di sini

Satu blok rumah kongsi pekerja ladang musnah terbakar

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman supaya kebakaran tidak merebak ke kawasan berhampiran.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman supaya kebakaran tidak merebak ke kawasan berhampiran.

KINABATANGAN: Satu blok rumah kongsi pekerja musnah dalam kebakaran di sebuah Ladang di Sukau, di sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.22 pagi.

“Seramai empat anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati satu blok empat pintu rumah kongsi pekerja ladang berkenaan musnah terbakar,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Katanya, pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air pili bomba berdekatan supaya kebakaran tidak merebak ke kawasan lain.

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 12.30 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.50 petang,” katanya.

Nurul Azlan berkata, pasukan penyiasat bomba akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa.

  • oleh
  • Advertisement