Anda di sini

Pokok tumbang, dua rumah panjang di Kanowit terputus bekalan elektrik 

Advertisement
Anggota bomba memotong dan mengalihkan dahan pokok tumbang di Jalan Rantau Kemiding, Kanowit.
Anggota bomba memotong dan mengalihkan dahan pokok tumbang di Jalan Rantau Kemiding, Kanowit.

KANOWIT: Dua rumah panjang Jalan Rantau Kemiding terputus bekalan elektrik sementara susulan insiden pokok tumbang awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.38 pagi.

Menurutnya, sepasukan enam anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian mendapati dua pokok getah rebah dan terkena kabel elektrik. 

"Kami terpaksa menunggu juruteknik SESCO untuk memutuskan bekalan elektrik sebelum bertindak memotong dan mengalihkan dahan pokok ke tepi jalan," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan dua rumah panjang berhampiran terputus bekalan eletrik lebih satu jam. 

Operasi tamat jam 5.41 pagi.

Arrahman berkata, terdapat lapan kes pokok tumbang dilaporkan berlaku di Kanowit sejak Januari hingga 25 Jun ini.

"Semua insiden pokok tumbang dilaporkan dalam tempoh itu tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa mahupun kecederaan," jelasnya.

Advertisement