Anda di sini

Pelajar Parlimen Bandar Kuching, Stampin cemerlang SPM 2021 diberi anugerah 

Advertisement
Chong (tiga kanan) melawat tapak Pameran Pendidikan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Stampin dan Persatuan Komuniti Dinamik Malaysia di Boulevard Mall, Kuching, hari ini.
Chong (tiga kanan) melawat tapak Pameran Pendidikan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Stampin dan Persatuan Komuniti Dinamik Malaysia di Boulevard Mall, Kuching, hari ini.

KUCHING: Pusat Khidmat Parlimen Bandar Kuching dan Pusat Khidmat Parlimen Stampin melancarkan Skim Anugerah Cemerlang SPM 2021 kepada semua mereka yang layak dari dua kawasan Parlimen berkenaan. 

Anugerah ini merupakan inisiatif bersama Pejabat Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dan Pejabat Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii sebagai galakan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. 

“Anugerah ini dikategorikan kepada beberapa kategori di mana mereka dengan keputusan 6A akan menerima RM200, 7A (RM300), 8A (RM500), 9A (RM600) dan 10A (RM700). 

“Permohonan bagi skim anugerah ini mudah di mana pemohon mesti menetap dan beralamat dalam kawasan Parlimen Bandar Kuching dan Stampin atau belajar di sekolah menengah dalam dua kawasan Parlimen ini,” kata Chong. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Pendidikan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Stampin dengan kerjasama Persatuan Komuniti Dinamik Malaysia di Boulevard Mall di sini, hari ini.

Tambah Chong permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Google secara dalam talian dan memuat naik kad pengenalan dan slip keputusan SPM 2021. 

Tempoh permohonan katanya, dibuka mulai sekarang sehingga 31 Julai menerusi laman Facebook http://www.facebook.com/ChongChiengJen  atau http://www.facebook.com/DrKelvinYii atau http://www.facebook.com/DapSarawakOfficial. 

Pameran tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar terutama lepasan SPM 2021. 

Pameran yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang itu melibatkan institusi pengajian tinggi dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Turut diadakan cabutan bertuah kepada pengunjung dengan hadiah utama sebuah laptop Lenovo dan pelbagai hadiah misteri yang lain. 

Advertisement