Anda di sini

Kapal muatan pasir karam, dua pekerja dilaporkan hilang

Advertisement
Kawasan dimana kapal dengan muatan pasir dilaporkan tenggelam dengan dua pekerja masih hilang.
Kawasan dimana kapal dengan muatan pasir dilaporkan tenggelam dengan dua pekerja masih hilang.

MUKAH: Dua pekerja dilaporkan hilang dalam kejadian kapal karam di Kampung Bungan Kecil, Batang Igan pada Ahad sekitar jam 4.20 pagi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, pihaknya dimaklumkan terdapat empat pekerja di dalam kapal yang membawa muatan pasir itu.

"Dua pekerja sempat diselamatkan manakala dua lagi pekerja masih hilang," menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pekerja hilang adalah lelaki dalam lingkungan 20-an di mana seorang merupakan warga tempatan dan seorang lagi warga Indonesia.

Pasukan mencari dan menyelamat difahamkan telah digerakkan ke kawasan kejadian.

  • oleh
  • Advertisement