
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengadakan pertemuan dengan delegasi Liga Muslim Sedunia (MWL) yang diketuai oleh Setiausaha Agung MWL Sheikh Dr. Muhammad Abdul Karim Issa di sini hari ini.
Hajiji turut menjemput Sheikh Muhammad dan delegasi MWL untuk menganjurkan Persidangan Antarabangsa Antara Agama di Sabah.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan beberapa perkara antara lainnya yang mempunyai kepentingan bersama.
Sheikh Muhammad tiba di Malaysia pada Sabtu lepas menjelang Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 pada 30 Jun ini.