Anda di sini

Guru perlu lebih bersikap terbuka didik pelajar

Advertisement
(Depan, tiga kiri) Lau bersama memotong kek simbolik perasmian Majlis Angkat Sumpah AJK PIBG 2022-2024 dan Sambutan Hari Guru SMK Tung Hua di Sibu, malam Sabtu.
(Depan, tiga kiri) Lau bersama memotong kek simbolik perasmian Majlis Angkat Sumpah AJK PIBG 2022-2024 dan Sambutan Hari Guru SMK Tung Hua di Sibu, malam Sabtu.

SIBU: Guru perlu lebih bersikap terbuka dalam mendidik pelajar secara tidak konvensional dalam era digital ini, terutama menyemai pemikiran kreatif dan inovasi dalam bilik darjah.

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua Sibu Temenggung Datuk Vincent Lau berkata semasa tempoh pandemik, guru mula menggunakan kelas dalam talian dan pelbagai alat pengajaran serta pembelajaran lain membantu pelajar berada di landasan betul.

"Walaupun selepas pandemik, saya percaya proses pendigitalan dan pembelajaran maya terus dipergiatkan dalam pendidikan.

"Oleh itu, guru digesa terus melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran digital selaras dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat," katanya pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG 2022-2024 dan Sambutan Hari Guru SMK Tung Hua di sini, malam Sabtu.

Lau berkata, peranan guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi memastikan pelajar kekal berdaya saing dan disemai dengan nilai-nilai murni.

Jelasnya, tidak semua pelajar adalah sama dan tidak semua mereka mengambil pendekatan pembelajaran sama.

"Kita tidak seharusnya menilai pelajar semata-mata berdasarkan keputusan akademik mereka. 

“Apapun minat pelajar, guru harus kreatif dan menyediakan banyak laluan untuk mereka membesar dan berkembang.

"Hasil positif banyak bergantung kepada anda dan saya mengucapkan tahniah kepada semua, mereka berada di sini dan ramai lagi tidak berada di sini atas semangat, dedikasi, komitmen dan sumbangan anda," katanya.

Turut berucap pada majlis itu ialah Yang Dipertua PIBG SMK Tung Hua Sibu James Wong King.

Hadir sama Pengetua SMK Tung Hua Goi Ngouk Yew merangkap penasihat PIBG SMK Tung Hua, pengerusi pengelola majlis Pau Chiong Shii dan tetamu jemputan lain.
 

  • oleh
  • Advertisement