Anda di sini

Graduan FIS rangkul Anugerah Pelajaran Diraja

Advertisement
 Hilmi bergambar bersama skrol ijazah dan anugerah yang diterima.
TAHNIAH: Hilmi bergambar bersama skrol ijazah dan anugerah yang diterima.

KOTA KINABALU: Graduan Fakulti Pengajian Islam (FIS), Mohamad Hilmi Mohd Zalis, 24, berjaya merangkul Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali ke-23, di sini semalam.

Beliau menerima anugerah tersebut pada sidang pertama yang disampaikan oleh Canselor UMS, Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Hilmi berkata, dia berjaya mencatatkan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.93 dan terpilih menerima anugerah tersebut.

“Saya terkejut dan pada masa yang sama sangat bersyukur apabila menerima makluman berkenaan dengan penganugerahan ini.

“Saya tidak sangka memandangkan lebih ramai graduan lain mempunyai keputusan yang lebih cemerlang,” katanya.

Beliau yang tidak pernah putus asa untuk mendapatkan anugerah dekan pada setiap semester menyatakan bahawa dia sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa supaya diberikan keputusan yang cemerlang.

“Selain itu, selalu memohon keberkatan daripada ibu bapa dan sentiasa berpegang teguh dengan prinsip serta jadual pengajian yang telah ditetapkan.

“Dorongan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan juga menjadi salah satu sebab mengapa saya boleh sampai sehingga ke tahap ini,” katanya.

Hilmi yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan berasal dari Johor merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana secara pembelajaran jarak jauh.

“Sementara menunggu peluang tersebut, saya bekerja di syarikat abang dalam industri perkhidmatan dan bekalan peralatan rumah,” katanya yang juga pernah bertugas di Politeknik Sultan Johor.

Untuk rekod, seramai 27 graduan FIS menerima ijazah pada majlis tersebut dan menjadi kumpulan pertama dari fakulti ini yang bergraduasi.

  • oleh
  • Advertisement