Anda di sini

Dagangan Sarawak-Australia RM3.6 bilion pada 2021

Advertisement

Nilai eksport Sarawak ke Australia berjumlah RM 1.2 bilion manakala import berjumlah RM2.4 bilion

 Awang Tengah (tiga kanan) menyampaikan cenderamata kepada Chia. Turut kelihatan (dari dua kiri) Naroden dan Mussen.
Awang Tengah (tiga kanan) menyampaikan cenderamata kepada Chia. Turut kelihatan (dari dua kiri) Naroden dan Mussen.

"Walaupun ekonomi global lembap, pertumbuhan ekonomi Sarawak pada 2021 dianggarkan antara 3 hingga empat peratus.” 

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Timbalan Premier Sarawak 

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Sarawak merekodkan jumlah dagangan sebanyak RM3.6 bilion dengan Australia pada 2021. 

Beliau berkata pada tahun sama nilai eksport Sarawak ke Australia berjumlah RM1.2 bilion dan produk utama dieksport ialah minyak petroleum mentah, papan lapis dan urea. 

Manakala nilai import Sarawak dari negara itu berjumlah RM2.4 bilion, terutama bijih dan aluminium pekat.

"Walaupun ekonomi global lembap, pertumbuhan ekonomi Sarawak pada 2021 dianggarkan antara 3 hingga empat peratus.

"Memandangkan aktiviti ekonomi kita kembali normal dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, pertumbuhan berterusan dalam sektor luar dan aktiviti domestik bertambah baik, kita mengunjurkan ekonomi akan berkembang antara lima hingga enam peratus tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan semasa mengetuai delegasi dari Sarawak menghadiri Jaringan Meja Bulat bersama Australia Malaysia Business Chamber Western Australia (AMBCAW) di Perth, Australia baru-baru ini.

Sehubungan itu Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan berharap rundingan meja bulat itu membolehkan Sarawak dan Australia Barat membincangkan dengan lebih lanjut bidang-bidang dapat ditingkatkan lagi kolaboratif dalam perniagaan dan perdagangan selain meneroka pelaburan-pelaburan berpotensi.

Lebih 20 ahli AMBCWA menghadiri rundingan meja bulat itu.

Antara yang hadir sama, Konsul Jeneral Malaysia Ahmad Fikri Zakian dan Naib Presiden selaku Penaung AMBCWA Bernard Chia.

Delegasi dari Sarawak turut dianggotai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Sarawak Datu Abdullah Zaidel, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) Dzulkornain Masron, Penasihat MINTRED Datuk Mohd Naroden Majais dan Pegawai Khas MINTRED Datu Liaw Soon Eng.

Advertisement